Wednesday 11 February 2015

Pengalaman melahirkan anak pertama

I nak share dengan uols semua pasal pengalaman bersalin anak sulung. Dah nama pun anak sulung, 1st time! Excited, nervous, cuak semua ada. Tapi dia more pada happy to the max tau! Yela, sebab anak pertama kan. Masa anak 1st dulu, kan kita selalu baca mana-mana artikel ‘ibu mengandung 9 bulan’ lepas tu, I ni punya la bijak, ambil cuti bersalin tepat-tepat masa kandungan 9 bulan. Haha! Kau, menunggu la sebulan kat rumah baby tak nak keluar-keluar! Stress jugak kadang sebab orang asyik tanya, ”anak ko ni bila nak keluar?” kalau la kita boleh tanya dalam perut tu boleh jawab, boleh la kita bagi jawapan kat orang-orang yang tanya tu kan. Stress bukan sebab ape, yela badan dah membawak budak, emosi tak stabil, suami pulak jauh, dengan macam-macam simptom bila dah duduk 3rd trimester ni kan. Dia jadi sedih sesangat la kalau orang tanya. Pulak dah dengan poyonya ambil cuti awalkan, hehe..lagila macam bengang sikit.

I ambil cuti on march 2nd, baby finally keluar jugak on march 25th!! Nak sebulan kan duduk rumah. My 1st baby is girl. Ingat lagi dulu, masa tu hari ahad, patut husband dah kena balik melaka sebab esoknya kerja. Tapi I tak bagi, I cakap balik esok pagi-pagi la..nasib husband setuju. Mahu tak setuju, terpaksa la kan layan bini nak bersalin. So, petang tu husband bawak pergi jalan-jalan kat hutan bandar, 4 kali pusing! Mengah-mengah I jalan. Husband cakap untuk bagi buka jalan. Betul jugak kan. So, pagi tu dalam pukul 3 pagi, perut rasa macam tak selesa, ingatkan nak membuang, tapi tak keluar pulak, sekali tengok-tengok ada bloody show. Kemain melompat suka lagi I! Baby dah nak keluar..lepastu terus shoot pergi hospital.

Sampai hospital doctor check jalan dah buka 3.5cm! terus masuk labour room pukul 5 am. Doctor cakap tak lama dah ni, lagi 2 jam you bersalin la. Tunggu punya tunggu, jam dah pukul 8 am. Tak keluar pun. Lepas tu terus kena induce, lepas kena induce sakit jangan cakap la. Dah kena suntik ubat tahan sakit pun tak jalan jugak. Seingat I masa tu kena 2 kali induce. Sebab jalan memang lambat sangat bukak. Dari pukul 8, bawak ke 9 am, 10 am, 11 am, 12 pm, 1 pm. Ya Allah, DIA je yang tahu betapa sakitnya badan ni. Baby pulak dah tidur sekali kena penangan ubat tahan sakit tu kot. Misi yang check pulak suruh goyang-goyang baby, jangan bagi tidur. Hmph, dah sesakit macam tu nak kena goyang lagi, haha..memang laki aku la yang menggoyangkan. Bayangkan jela, dari 3.5cm pukul 3 pagi tu, pukul 1 pm jalan baru bukak sampai 5cm je! Uish, I memang tak tahan, I cium tangan my husband, I cakap I tak tahan, I minta maaf. Husband keluar kejap ambil call, I panggil misi I cakap ”nurse, saya nak teran” dia cakap tak boleh, sebab baru 5cm, takut ibu penat, anak tersangkut! Sebab jalan buka tak besar. I cakap ”takpe, saya boleh” lepas tu, terus mommy teran! Menjerit misi tu panggil misi-misi yang lain. Misi tu budak praktikal. Padan la nervous orang cakap nak teran. Selesai je teran, leganya Ya Allah!!! Syukur sangat! Hilang semua mengah! Memang lega selega-leganya! Lahirlah baby girl mommy ”mia”. Dah la daripada pukul 3 pagi tu tak makan apa-apa. Masuk je wad, terus mintak makan la..kemain melahap lagi. Orang lain tidur, I menteka darah sorang-sorang. Tapi betul, anak ni miracle! Kita yang sakit macam nak mati tadi tu, terus jadi sihat! Hilang sakit. Memang tak boleh tidur dah, nak tengok dia je. Seronok tak terkata.


My Princess, 3.4kg!! Alhamdulillah.. :)

No comments:

Post a Comment